Apa itu Habbatus Sauda?

Dikenali dengan nama saintifiknya, Nigella Sativa, Habbatus Sauda telah ditemui dan digunakan sejak beberapa abad yang lalu di Asia Barat, Timur Tengah, Africa dan Asia Selatan lebih dari 2000 tahun yang lalu. Ia telah digunakan secara tradisional oleh orang-orang Syria, Mesir purba and juga orang-orang Roman sebagai bahan ramuan kepada beberapa rawatan dan berbagai jenis penyakit dan juga untuk penjagaan kecantikan kulit dan rambut.

Dipercayai berasal di kawasan Mediteranean, tumbuhan herba tersebut dan bijinya, habbatus sauda dikenali juga dengan nama lain, berbeza antara tempat dan bahasa. Ia juga dikenali sebagai Black Cumin, Black Seed, Black Caraway Seed, Habbatul Barakah, Shonaiz (Parsi), Hei Zhong Cao (Cina), Kalonji (Hindi), Jintan Hitam (Melayu) dan banyak nama-nama lain di Eropah Barat dan Timur. Kebanyakan tumbuhan ini diusahakan di Saudi Arabia, Afrika Utara and kawasan Asia.

Bahan rujukan bertulis yang terawal mengenai  Habbatus Sauda, telah ditemui dalam Injil  “Old Testament” dan dinamakan sebagai ketsah dalam bahasa Hebrew. Seorang ahli perubatan Greek abad pertama telah merekodkan bahawa Habbatus Sauda telah digunakan untuk merawat sakit kepala, hidung tersumbat, sakit gigi, cacing perut dan juga sebagai durektik untuk memperbetulkan perjalanan haid and menambah susu badan ibu.

Sebenarnya, Habbatus Sauda adalah ubat penyembuh sepertimana yang telah  disyorkan oleh Nabi Junjungan kita, Muhammad SAW  lebih 1,400 tahun yang lalu. Dalam salah satu hadith riwayat Abu Hurairah r.a., baginda bersabda, ertinya, “Pada al-Habbah al-Sawda terdapat ubat segala penyakit, kecuali al-Sam atau mati” (Sahih Bukhari  Muslim).

Ibnu Sina (980-1037), yang terkenal dengan nashkahnya, “The Canon of Medicine”, yang mana dianggap sebagai buku yang paling terkenal dalam sejarah perubatan samada di Barat atau Timur, merujuk kepada Habbatus Sauda sebagai biji “yang mempertingkatkan tenaga badan dan membantu dalam memulihkan kelesuan dan lemah semangat”

Kandungan-kandungan penting Habbatus Sauda

Habbatus Sauda merupakan satu bahan yang kompleks yang terdiri daripada lebih kurang seratus kompaun yang kebanyakannya belum lagi dikaji dan ditemui kegunaannya. Ia adalah kaya dengan sumber asid lemak tidak tepu dan mengandungi 35% minyak, 21% protin dan 38% karbonhidrat.

Lebih dari 50% kandungan minyaknya adalah asid lemak yang penting. Kandungan asid linolik dan asid linolik gamma membantu untuk membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan menghalang jangkitan, memperimbangkan sistem immuniti dan melancarkan reaksi allergi. Ia juga mengandungi minyak volatil termasuk Nigellone dan Thymochinon yang bertanggungjawab sebagai agen anti-histamin, anti-oksidan, anti-infektif dan kesan ‘bronco-dialiting’. Kandungan lain termasuk Asid Oleic, Kalsium, Potasium, Zat Besi, Zinc, Maknisium, Selenium, Vitamin A, B, B2, Niasin dan Vitamin C.

Pelbagai Cara Mengunakan Habbatus Sauda

Habbatus Sauda and minyaknya boleh dimakan sebagai rawatan untuk masalah pernafasan, sakit perut, darah tinggi, berfungsinya buah pinggang dan limpa, menyokong pengaliran darah dan sistem immuniti serta memperbaiki kesihatan badan seluruhnya.

Untuk kegunaan luaran, Habbatus Sauda boleh digunakan sebagai campuran minyak urut, untuk rawatan kulit kepala, jerawat, eczema, psoriasis, bisul, sakit sendi dan tulang, sakit gigi serta menghilangkan kahak.
Habbatus Sauda juga banyak dimasukkan dlam berbagai resepi makanan seperti roti, sayur-syuran atau daging dan dengan flavornya  yang kuat, sesuai dan selalunya sesuai  diminum dengan teh dan sebaiknya dicampur dengan madu lebah.

Kelebihan dan Manafaat Habbatus Sauda

Banyak kajian-kajian  klinikal telah menemui kesan-kesan penggunaan Habbatus Sauda yang menakjubkan dalam mengekalkan kesihatan sistem immuniti badan. Ia membantu metabolisma, penghadaman, merendahkan paras gula darah, dan telah digunakan untuk merawat kencing manis, meningitis serta melawan cacing-cacing dan parasit-parasit dalam perut.

Ia juga berguna kepada individu-individu yang mengalami derita lelah dan sesak nafas, masalah buah pinggang dan limpa, arthritis, alah dan masalah pengaliran darah dan lain-lain.
Habbatus Sauda dengan kandungan-kandungannya yang berguna, tanpa ragu, memainkan peranan yang positif dalam mempertingkatkan dan menstabilkan sistem immuniti – di mana  ia bertindak menentang penyakit yang disebabkan oleh sistem immuniti yang lemah.

Jika sistem immuniti dijaga dengan baik, sekaligus ia dapat menjalankan fungsinya dengan lebih baik dan kesannya akan dapat dirasai oleh seluruh badan yang lain. Penjagaan sistem immuniti harus dijadikan sebagai sebahagian daripada  kaedah penting dalam penjagaan kesihatan dan harus diusahakan dalam kehidupan seharian setiap orang. Lama-kelamaan, nilai-nilai khasiat dan sifat-sifat menyembuh yang ada pada Habbatus Sauda akan menyalurkan sumber-sumber yang banyak untuk keperluan sistem immuniti badan bagi menghalang and menentang penyakit.

Apa Yang Sains Boleh Beritahu Kita Tentang Habbatus Sauda

Dalam belakangan ini, pelbagai kajian telah dibuat ke atas Habbatus Sauda. Mereka menemui Habbatus Sauda kaya dengan:

Monosaccharides – gula satu molekul di dalam bentuk glukosa, rhamnose, xylose, dan arabinose telah diijumpai di dalam Habbatus Sauda

Habbatus sauda mengandungi komponen polysscharide bukan kanji yang penting sebagai sumber fiber seseorang.

Habbatus Sauda kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak yang tidak tepu dan asid lemak penting seperti Linoleic dan Asid Linoleic. Asid lemak ini tidak boleh dicipta sendiri oleh badan anda, jadi anda perlu mengambilnya daripada makanan yang berkhasiat.

Terdapat lima belas amino asid yang menjadi sebahagian daripada Habbatus Sauda, termasuk lapan amino asiid yang penting. Amino asid ini tidak boleh dikeluarkan oleh badan kita dalam kuantiti yang cukup yang akhirnya menyebabkan keperluan kita untuk mengambilnya daripada pemakanan kita.

Habbatus Sauda juga mengandungi Arginine yang penting untuk tumbesaran anak kecil.
Analisis kimia kemudian mendedahkan bahawa Habbatus Sauda mengandungi karotene, yang akan ditukarkan menjadi vitamin A oleh hati kita.Vitamin A dikenali kerana kelebihannya sebagai bahan anti-kanser.
Selain daripada enam bahan yang didapati dalam Habbatus Sauda, kajian yang dilakukan oleh Drs. El-Kadi dan Kandil yang melibatkan pembantu sukarela untuk mencuba kemampuan Habbatus Sauda sebagai penggalak sistem imunisasi semulajadi.

Kajian itu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang meneriba Habbatus Sauda dua kkali sehari untuk empat minggu, dan satu lagi kumpulan diberikan placebo.
Hasilnya: Kiraan Habbatus Sauda menunjukkan 72% peningkatan dalam aktiviti untuk mengurangkan sel-T, dan meningkatkan pembunuhan sel pembunuh. Kumpulan kedua yang menerima placebo mengalami penurunan sebanyak 7%.

Ini menunjukkan Habbatus Sauda mempunyai potensi yang besar sebagai agen pembantu sistem imunisasi yang semulajadi.

 

Kajian Yang Telah Dibuat Ke atas Habbatus Sauda

Sejak 30 tahun lepas, banyak kajian telah dilakukan ke atas habbatus sauda (dengan nama saintifiknya: Nigella sativa). Kajian tersebut telah menemui:

·         Nigella sativa digunakan untuk merawat keadaan usus seperti gas, colic, cirit birit     (diarrhea), dan sembelit.

·         Ianya juga terbukti dalam menyelesaikan beberapa masalah berkaitan pernafasan (respiratory) seperti asma, alergi, batuk-batuk, bronkitis, dan selsema.

Dalam keadaan alergi, nigella sativa dikatakan mempunyai kesan antihistamine. Nigella sativa juga dikatakan mempunyai kesan immunoprotectant dan bukti awal menunjukkan ianya boleh membantu orang yang baru menjalani chemotherapy daripada kekurangan hemoglobin dan jumlah leukocyte mereka.

Habbatus Sauda juga dikatakan telah digunakan lebih daripada 2,000 tahun dan telah direkodkan tentang penggunaanya 1,400 tahun lalu.Habbatus Sauda juga telah dijumpai dalam makam Raja Tutankhamen.

Antara Penyelidikan Klinikal Yang Telah Dibuat Ke Atas Habbatus Sauda (Kertas Kajian Di Dalam Bahasa Inggeris):

  1. Effect of Nigella sativa (N. sativa L.) and oxidative stress on the survival pattern of MCF-7 breast cancer cells.

Farah IO, Begum RA.

Jackson State University, Jackson, MS 39217, USA.

N. Sativa L., an oriental spice, has long been used as a natural medicine for treatment of many acute as well as chronic conditions. It has been used in the treatment of diabetes, hypertension, and dermatological conditions. There has been very few studies on the effects of N. Sativa as cancer prevention/therapy. Our objective therefore, was to expose MCF-7 breast cancer cells to aqueous and alcohol extracts and in combination with H2O2 as an oxidative stressor.

Measurement of cell survival under various concentrations and combinations was conducted using standard cell culture techniques, exposure protocols in 96 well plates and Fluorospectrosphotometry. Following cellular growth to 90% confluency, exposure to water (WE) and ethanol (AE) extracts of N. sativa and H2O2 was performed. Toxicity index (LC50) was calculated from percent survival using regression analysis. Results showed that the alcohol extract and its combinations were able to completely inactivate the MCF-7 cells (LC50 ranged from 377.16-573.79 in descending potency for H2O2 + AE, AE and Mix of WE and AE). H2O2 alone effectively inactivated MCF-7 cells (LC50 = 460.94).

The least effective combinations in descending potency were WE + H2O2, WE + AE + H2O2, and WE (LC50 were 725.79, 765.94, and 940.5 respectively. Combinations other than AE + H2O2 showed possible interactions, which lead to reduction in their potency. In conclusion, N. Sativa alone or in combination with oxidative stress were found to be effective in vitro in inactivating MCF-7 breast cancer cells, unveiling opportunities for promising results in the field of prevention and treatment of cancer.

PMID: 12724920 [PubMed - indexed for MEDLINE]

  1. Protective effect of Nigella sativa seeds against carbon tetrachloride-induced liver damage.

Al-Ghamdi MS.

Department of Pharmacology, College of Medicine, King Faisal University, Dammam, Saudi Arabia. mghamdi@Dammam.kfu.edu.sa

It has been reported that Nigella sativa oil possesses hepatoprotective effects in some models of liver toxicity. However, it is N. sativa seeds that are used in the treatment of liver ailments in folk medicine rather than its oil. Therefore, the aim of this study was to investigate the effect of the aqueous suspension of N. sativa on carbon tetrachloride (CCL4)-induced liver damage. Aqueous suspension of the seeds was given orally at two dose levels (250 mg/kg and 500 mg/kg) for five days.

CCL4 (250 microl/kg intraperitoneally / day in olive oil) was given to the experimental group on days 4 and 5, while the control group was only treated with the vehicles. Animals treated with CCL4 showed remarkable centrilobular fatty changes and moderate inflammatory infiltrate in the form of neutrophil and mononuclear cells when compared to the controls. This effect was significantly decreased in animals pretreated with N. sativa. Histopathological or biochemical changes were not evident following administration of N. sativa alone. Serum levels of aspartic transaminase (AST), and L-alanine aminotransferase (ALT) were slightly decreased while lactate dehydrogenase (LDH) was significantly increased in animals treated with CCL4 when compared to the control group.

LDH was restored to normal but ALT and AST levels were increased in animals pretreated with N. sativa. In conclusion, N. sativa seeds appeared to be safe and possibly protective against CCL4-induced hepatotoxicity. However, further studies may still be needed prior to supporting its use in folk medicine for hepatic diseases.

PMID: 14696675 [PubMed - in process]

  1. The in vitro effect of aqueous extract of Nigella sativa seeds on nitric oxide production.

Mahmood MS, Gilani AH, Khwaja A, Rashid A, Ashfaq MK.

Department of Biological and Biomedical Sciences, The Aga Khan University Medical College, Karachi, Pakistan.

The in vitro effect of aqueous extract of Nigella sativa seeds on nitric oxide (NO) production by murine macrophages was studied. Murine peritoneal macrophages were pre-incubated with the extract and then activated with Escherichia coli lipopolysaccharride.

NO production was measured after 24 hours by spectrophotometry. The plant extract caused a dose-dependent decrease in NO production. Dialyzed preparation of the extract did not affect NO production. However, the boiled fraction of the extract resulted in a dose-dependent inhibition of NO apparently comparable to that of the whole extract.

These results indicate that the aqueous extract of N. sativa seeds exhibits an inhibitory effect on nitric oxide production by murine macrophages and the active component(s) is/are non-protein in nature. In view of the fact that nitric oxide is a pro-inflammatory mediator, this study validates the traditional use of the Nigella sativa seeds for the treatment of rheumatism. Copyright 2003 John Wiley & Sons, Ltd.

PMID: 13680825 [PubMed - indexed for MEDLINE]

  1. Neuropharmacological activity of Nigella sativa L. extracts.

Al-Naggar TB, Gomez-Serranillos MP, Carretero ME, Villar AM.

Facultad de Farmacia, Universidad Complutense de Madrid, 28040 Madrid, Spain.

Pharmacological studies have been conducted on the aqueous and methanol extracts of defatted Nigella sativa L. seeds to evaluate their effects on the central nervous system (CNS) and on analgesic activity. The observations suggest that the two extracts of Nigella sativa possesses a potent CNS and analgesic activity (depressant action especially in the case of the methanolic extract).

PMID: 12902052 [PubMed - indexed for MEDLINE]